Career Jawatan Kosong menampilkan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan April 2018. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
Jawatan:
1. Ar Rahnu Staff
2. Secretary
3. Sales Executive (Fertilizer)
4. Logistic Clerk
5. Legal Clerk
Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein Al Haj. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan.
Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.
Tarikh Tutup Permohonan 29 April 2018
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta
0 comments:
Post a Comment